Diri Ku

Foto saya
Historical Malacca, Malacca, Malaysia
aku minat bergambar dari kecik sampai ke besar, sekarang aku minat pulak ambik gambar orang dari kecik sampai besar. majlis kecik ke majlis besar... jangan malu hubungi saya di nombar 0136839701.

Selasa, 3 Ogos 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Aku sedar dari tidur ku hari ini dan ada satu perubahan pada diriku....ooooo jangan terperanjat...aku bukan bertukar jadi ultraman atau superman (walaupun aku mintak2 jugak)...tapi aku dah bertambah satu tahun lebih tua dari semalam....
hai dah tua aku sekarang ni...aku tengok jam dah pukul 6.45pagi masa untuk aku kejutkan dua putra ku dari tidur yg lena....'bangun pergi sekolah' aku panggil mereka berdua utk mandi. pelahan-lahan si abang bangkit di ikut angah dari belakang. melihat mereka mengingatkan aku semasa kecik mami membangunkan aku & Halim, untuk pergi kesekolah.sekarang giliran aku pulak berbuat demikian. 
Masa cepat betul berlalu....dulu masa kecil masih segar di ingatan ku. Ku pandang wajah ku yg separuh sedar (cuci muka pun belum lagi) di cermin..... garis2 halus di muka mula jelas kulihat, haiyyyyy......dah tua aku ni. Walaupun agak sukar untuk aku terima tapi ini adalah kenyataan. Tahun demi tahun umur ku bertambah, tapi aku masih di takuk lama. Bilalah hidup ini akan berubah kepada yg lebih baik, adakah aku perlu tunggu diri ini cecah angka 40 tahun baru segala ini berubah? Pernah seorang kawan yg suka menelik memberi tahu aku, dari ramalannya aku akan dapat satu benda yg akan merubah keadaan aku sekarang kepada yg lebih baik. Perlukah aku percaya semua ini? Rezeki kita bukan datang dari ramalan semata2 yg bagi aku membuang masa aku je, kerana ia akan membuat orang itu menanti sahaja kerana apa yg diramalkan.....ahhhhh ramalan bodoh. Aku berdoa kehidupanku akan berubah mulai esok (sambung tido)
Hah! sepanjang hari aku menunggu ucapan selamat hari jadi dari ahli keluargaku.....sepi. Mungkin lupa agaknya, samalah macam aku sendiri sering lupa hari jadi familiku....(ni balasannya kut). Aku tak kisah, sabar sajalah. Aku bukak FACEBOOK ku.........Wah! banyaknya ucapan selamat hari jadi dari kenalan, famili dan kawan seperjuangan (photography) mengucap selamat hari jadi pada ku....ini sudah bagus. Tak sangka mereka sudi memberi ucapan itu.
Tak apalah familiku terlupa mengucap selamat, aku bertuah mendapat kawan2 di facebook, dan bagi keluargaku.....mungkin ada kejutan bagiku bila aku balik kerja nanti.

TERIMA KASIH SEMUA.

Published with Blogger-droid v1.6.8