Diri Ku

Foto saya
Historical Malacca, Malacca, Malaysia
aku minat bergambar dari kecik sampai ke besar, sekarang aku minat pulak ambik gambar orang dari kecik sampai besar. majlis kecik ke majlis besar... jangan malu hubungi saya di nombar 0136839701.

Selasa, 1 November 2011

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Khamis, 13 Oktober 2011

"KENAPA TAK ROGOL SAYA"

Hari ini sedang aku membelik-belik MUKA BUKU (facebook) terjumpa aku satu artikel yang berbunyi ;
"KENAPA TAK ROGOL SAYA"
teruja jugak aku membacanya, ni pun pasal tajuk je...hihihihihi. sedang aku membacanya aku mulai insan dengan kata hati ku sebentar tadi, tiba-tiba ia menginsafkan aku. semoga ia membuka hati aku dan saudara yang membaca coretan ini.

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Subhanallah, subhanallah, subhanallah........

Isnin, 8 Ogos 2011

PANJANGKANLAH UMUR KEDUA ORANG TUA KU

Hari ini terdetik di hati untuk aku mencoret sedikit rasa hatiku. Semua ini terdetik setelah kata-kat ibunda aku semalam yang membuat hati ini tersentuh bertapa besarnya pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. aku bersyukur sangat2 aku dibesarkan dengan ibu dan ayah yg sentiasa mengambil berat meskipun kami semua sudah berkeluarga. aku bersyukur mereka masih ada untuk melihat anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu disekeliling mereka berjaya. aku sebagai anak sulung kekadang rasa segan/ego untuk mengucapkan terima kasih atas segala penat-lelah mereka selama ini. Aku sentiasa berdoa mereka dipanjangkn umur dan dijauhkn dari penyakit. Tiada hadiah atau wang ringgit yg dapat menandingi pengorbanan mereka hanya doa dan harapan anak2 sebagai bekalan nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selasa, 19 Julai 2011

KALAU AKU PUNYA MASA

Hari ini seperti biasa ;
MASA aku bangun pagi,
MASA aku hantar anak sekolah,
MASA aku bersiap untuk ke kantor,
MASA aku mulakan kerja,
MASA aku pergi makan tengah hari,
MASA aku sambung buat kerja,
MASA aku tengok jam nak balik rumah,
MASA aku sampai di rumah,
MASA aku tolong isteri buat kerja rumah,
MASA aku mandi,
MASA aku makan malam dengan famili dan
MASA aku tidur selepas kepenatan.

Apa yang kurang dalam MASA yang ada ini? Tentu sekali MASA aku untuk DIA
yang MAHA ESA.....sedikit sekali aku memberi MASA untuk melaksanakan tuntutannya.
kekadang aku duduk termenung padahal MASA itu sudah tentu untuk nya.
lama aku berfikir, lama aku terdiam....mungkin kerana aku tiada MASA untuknya DIA
menpercepatkan MASA yang membuat aku rasa pendek sangat MASA yang ada, aku resah
mengejar MASA itu. Bak kata orang2 alim kalau kita mengejar DUNIA, SYURGA akan meninggalkan kita. Tapi kalau kita mengejar SYURGA, DUNIA tentu mengejar kita. Aku berpesan dengan diriku sendiri berubahlah sebelum MASA sudah terlambat. Berikanlah sedikit MASAmu untuk DIA, DIA pasti memanjangkan MASAmu nanti.

MASA sudah tentu ada setelah kita pergi,
MASA sentiasa menanti kita.
MASA kita hanya untuk DIA.

WASSALAM

Kereta Api terakhir dari station Tanjung Pagar, Singapura

Hari ini terbaca dalm surat khabar The Star, mengenai perjalanan terakhir Keretapi Tanah Melayu. Ia adalah detik bersejarah dengan lampu-lampu kamera berkelip di mana-mana, sorakan orang cemas dan gembira - beberapa emosi dan ramai orang yang beratur untuk autograf dan bergambar. Majlis tersebut: Ini adalah hari terakhir operasi yang menandakan penutupan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) stesen keretapi Tanjung Pagar di Singapura.Ini menandakan berakhirnya stesen keretapi yang mula beroperasi 79 tahun yang lalu.
Penyerahan stesen itu juga penting dari segi meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, kerana ia adalah antara isu-isu yang sekian lama di bawah Titik Perjanjian (POA) di antara kedua-dua negara.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melambai kepada orang ramai kerana beliau bersedia untuk memandu kereta api terakhir (gambar).
Pada penyerahan bersejarah pada 30 Jun, beratus-ratus orang dengan perasaan bercampur baur  boleh dilihat mengambil gambar-gambar dinding, pintu pagar dan gerbang stesen sebagai kenangan.Sultan Johor raja Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memandu kereta api terakhir keluar dari republik menuju ke Malaysia.
Salah seorang dari pemandu kereta api yang terakhir meninggalkan stesen Tanjung Pagar, Zulhan Saodi, 30, berkata beliau tidak pernah melihat begitu banyak orang di stesen sebelum ini. Beliau  yang telah bekerja di stesen selama lima tahun, berkata beliau kagum dengan pesona nostalgia stesen dan bagaimana ia telah menyentuh hati rakyat Malaysia dan Singapura.
"Saya tahu bahawa ia akan menjadi hari yang istimewa tetapi saya tidak pernah membayangkan bahawa tempat kejadian akan menjadi seperti ini," katanya sambil mengambil giliran bergambar dengan ramai orang yang bersorak dan memanggil. Lebih 500 orang telah bergegas masuk ke atas platform untuk melihat kereta api terakhir.
Satu tandan teruja "penumpang" juga dilihat membawa tanda mengucapkan terima kasih kepada KTMB dan bersorak apabila keretapi berbunyi tanduk.
Lain-lain yang tidak bernasib baik untuk mendapatkan tiket untuk menaiki kereta api terakhir telah dilihat menolak-nolak  untuk melihat kelibat terakhir kereta api sebelum ia bergerak perlahan-lahan keluar dari stesen.
Satu penumpang bernasib baik - ahli sains - David Weiss, dari Jerman berkata, beliau teruja untuk menjadi sebahagian daripada sejarah.
"Saya bekerja di Malaysia tetapi apabila saya mendengar tentang gembar-gembur di sekeliling kereta api terakhir keluar dari stesen Tanjung Pagar, saya tahu saya telah berada di sini," katanya yang berusia 56 tahun itu.
Beliau menambah bahawa ia adalah menyeronokkan untuk melihat ramai orang yang melambai di sepanjang perjalanan pulang ke Johor Baru dan ia adalah jelas bahawa perjalanan kereta api amat bermakna kepada mereka.
"Saya harap bahawa kerajaan Singapura mengekalkan stesen kerana ia adalah jelas terukir di hati orang ramai," katanya.
500 penumpang bertuah, tidak akan berpeluang lagi melihat atau menumpang kereta api dari Tanjung Pagar selepas ini.

Petikan dari akhbar itu menceritakan bertapa sayangnya kita pada sejarah,awalaupun ia kekadang membawa kisah pahit dan manis. Seperti aku juga mempunyai kisah lama yang sampai sekarang masih ku ingat hingga saat ini, bagaimana aku bersama 2 rakan dari Brunei Darussalam bercadang mengembara (waktu itu aku masih lagi menuntut) ke Malaysia melalui keretaapi. sungguh tak kami duga pengembaran kami selama 2 hari itu membawa kesan yg memdalam hingga kesaat ini.
Perjalana kami bermula di station Tanjung Pagar pada waktu malam, kami mengambil tren malam , perjalanan memang tidak terus seperti keretapi Jepun, memang ada berhenti2 di beberapa station diantara Singapura dan Kuala Lumpur. segala aktiviti dilakukan didalam gerabak. memang menarik bila kami boleh berjalan dari satu gerabak ke gerabak seterusnya. segalanya ada didalam keretapi. perasan seronok dan "suspen" dapat dirasai, setiap kali tren berhenti pada station2. 
tibalah kami kedestinasi station Kuala Lumpur, yg mana kami sampai pada waktu subur keesokan harinya. selama sehari kami habiskan waktu berjalan melihat Kuala Lumpur sehinggalah tiba masa untuk pulang ke Singapura hari yg sama. 
Bayangkanlah kami baru lepas peperiksaan tingkatan 5 waktu itu, bagaimana kami sanggup mencuba belajar mengembara. Segala ini mungkin tidak akan terjadi kalau perancangan kami bertiga tidak dilaksanakan dan kena banyak keberanian dan duit.
Wasalam.

Sabtu, 18 Jun 2011

Bosan

bangun ku dari tidur hari ini agak lambat keranak semalam menyudahkan perkara yang sudah lama tertangguh. Jam 7.35 baru keluar menghantar anak2 sekolah, kelewatan yang tidak disengajakan. Setelah menghantar aku pasang radio kereta mendengar lagu. Diselang-selikan dengan iklan dan lagu, keluarlah satu iklan tentang "Bosan", katanya "Mengapa kita perlu berasa bosan bila kita melaksanakan kerja setiap hari, pagi dan petang membuat kerja yang sama setiap hari. Adakah lebih baik dari kita bosan tiada kerja langsung, duduk saja tanpa kerja. Mendengar nasihat itu aku mula sedar betapa kita tidak bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang. Mungkin kerana kita sudah ada kerja menjadikan kita rasa ada kerja yg lebih baik diluar sana, atau mungkin selagi kita berada ditempat yg sama kita tak akan kemana. Ada betul jugak nasihat itu kita seharusnya bersyukur dan sambil itu kita berusaha kepada yg lebih baik. Buat kerja 'partime' kata orang putih. Bermain difikiran ini mengapa rezeki kita tidak bertambah-tambah, mungkin kita tak pernah bersyukur mungkin jawapannya. Aku mungkin menyalahi NYA, kerana kedudukan aku sekarang, mahu aku dipanah petir kalau aku menduakannya, jangan sampai akidah aku terpesong, aku tak mau rezeki yg diberi NYA selama ini ditarik balik, aku bersyukur ALHAMDULLILLAH. Tunaikan apa yg dituntut kerjakan apa yg wajib INSAALLAH DIA akan memberi yg lebih baik. INSAALLAH.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Khamis, 9 Jun 2011

Rahsia makan buah-buahan

Semalaman aku tak dapat tido entah kenapa agaknya. Puas aku cuba tapi hanya tido2 ayam. Aku capai samsung ace ku, terus membaca hingga aku terbaca satu topic yg ditulis oleh Dr Stephen Mak yg brcerita mengenai cancer patients. Harap faham bahasa inggeris kalau tak carilah kamus dewi bahasa, sangatlah berguna untuk kesihatan diri. Let's start shell we? Eating Fruit on an empty stomach Dr Stephen Mak treats terminal ill cancer patients by "un-orthodox" way and many patients recovered. He explains: before he is using solar energy to clear the illnesses of his patients. He believes on natural healing in the body against illnesses. See the article below. Letter to original email writer: Dear Shereen, Thanksfor the email on fruits and juices. It is one of the strategies to heal cancer. As of late, my success rate in curing cancer is about 80%. Cancer patients shouldn't die. The cure for cancer is already found. It is whether you believe it or not. I am sorry for the hundreds of cancer patients who die under the conventional treatments. Thanks and God bless. Dr Stephen Mak EATING FRUIT.. We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat. What is the correct way of eating fruits? IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! * FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH. If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities. FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD. Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so. In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil.... So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals! You have heard people complaining — every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet, etc — actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach. The fruit mixes with the putrefying other food and produces gas and hence you will bloat! Graying hair, balding, nervous outburst, and dark circles under the eyes all these will NOT happen if you take fruits on an empty stomach. There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight. When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up. Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins. But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look! KIWI: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange. APPLE: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke. STRAWBERRY: Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals. ORANGE : Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer. WATERMELON: Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene — the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium. GUAVA & PAPAYA: Top awards for vitamin C. They are the clearm winners for their high vitamin C content.. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation. Papaya is rich in carotene; this is good for your eyes. Drinking Cold water after a meal = Cancer! Can u believe this?? For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal. A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE': (THIS IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive. Info sangat berguna, mungkin adalah sebab kenapa aku kurang tido. Pemakanan kita kena jaga, aku nasihat diri aku dan kawan2 amalkan makanan sihat agar kita dapat meneruskan amalan kita padanya. Terima kasih.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Rabu, 8 Jun 2011

Makan malam sendirian

Sedih je bunyi tajuk diatas tapi jangan start nangis pulak, hari ni kira aku makan solo sebab semua takde d rumah, tapi dikampung isteri (kedah). Dah masuk 4 hari hidup bujang. Bayangkanlah kalau kita hidup sebatang kara, memang menitis air mata. Aku bersyukur kerana ada ibu-bapa, ada anak-isteri dan sanak saudara, aku brdoa agar mereka dipanjangkn umur sihat sentiasa. Baru2 ini negara digemparkan dgn trajedi tanah runtuh di hulu langat, yang mengorbankn sebahagian pnghuni rumah anak yatim disana. Trjedi brlaku sebelah petang semasa anak2 sedang berlatih nasyid utk persembahan esoknya. Rumah yg trletak berselah kaki bukit tiba2 sebahagian tanah mula mngelongsor menimbus penghuni yg brada diluar, dgn sekelip mata tanah membenam mereka, bertempiarn anak2 mnyelamatkn diri, suara dan tanggisan minta tolong kedengaran, tapi lepas beberapa minit semua senyap. Bantuan tiba sejam kemudian dgn pihak bomba, polis n tentera brgabung mencari mangsa yg masih hidup 24 orang tertimbus tanah runtuh di Hulu Langat.
petikan akhbar; 
2011/05/21
KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - BERNAMA.

Meninjau Lokasi Kejadian:

al-Fatihah untuk 12 mangsa yang meninggal dunia...

9 selamat... 4 lagi belum dijumpai

Published with Blogger-droid v1.6.8

Isnin, 6 Jun 2011

KENAPA FACEBOOK KU KAU CEROBOH!!!!!

Hari ini menjadi huru-hara atas kejadian yang aku sendiri tidak terfikir boleh terjadi pada diri ku yang kerdil ini. semua bermula bila aku menerima "add" dari seorang LAHANAT (bahasa kasar melaka) yang aku sangkakan adalah rakan pada sahabat kenalanku di brunei. tidak ku sangka dalam masa 2 hari si lahanat ini boleh memecah masuk kedalam facebook ku. cara lahanat ini memang licik sampai aku tak terfikir aku diGODAM...hanya bermodalkan gadis bertudung sebagai gambar profil aku terima dia sebagai kawan fb. Aku disapa oleh beliau dalam fb chat....aku hairan dia terus menerus menanyakan nama isteri ku, aku pun pelik tiba2 saja ditanya sebegitu. Aku tidak sangka dgn menanyakn nama dan lokasi ku perkara seterusnya boleh berlaku. Sekembalinya aku dari solat jumaat, aku membuka Fb ku. Aku kehairanan kenapa ia tidak dapat di bukak, pening aku memikirkan mungkin aku trsilap kata kunci. Aku melapurkn pada FB dan mendapati kata laluanku ditukar. Bingung sejenak bila mendapat tahu e-mail aku brtukar ke alamat : http://facebook.com/jakarta768. Sedangkan e-mail aku ripdes@yahoo.com. Dari situ aku tahu aku digodam, puas aku brtanya pada diri kenapa aku menjadi mangsa, adakah aku pernah sakiti hati sesiapa? Atau aku ini terkenal (perasan pulak)? Atau aku menjadi tikus ujian (lab rat) bagi trainee hacker. Kalau ikutkan hati mahu aku jejak lahanat ni, tapi aku banyak keje lain nak dibuat. Nasiblah aku dapat kembali e-mail ku dan sempat menukar kata rahsia bagi e-mail, semoga sukar untuk digodam lagi. Walaupun sukar untuk mendapat senarai nama2 kawan dlm fb ku yg lama aku tetap akan mencari mereka kembali. Dan pada penggodam lahanat ini aku doakan hidup kamu merana dan kamu menerima balasan Allah didunia dan akhirat. AMIN
Published with Blogger-droid v1.6.8

Khamis, 19 Mei 2011

Hari rabu ku.

pagi ini seperti biasa setelah mengejutkn anak2 ku kesekolah (liyat betul nk bangun) , sambil menunggu utk berangkat ke sekolah aku keluar utk menpagi ini seperti biasa setelah mengejutkn anak2 ku kesekolah (liyat betul nk bangun) , sambil menunggu utk berangkat ke sekolah aku keluar utk menhidupkan kereta. Jam menunjukkan 7.15 tapi seperti 6.00, jarang sekali mengalami cuaca sebagini. Adakah ini tanda2 atau alamat yg tidak baik/baik, aku berserah pada ketentuannya. Semoga apa yg mendatang aku tempohi dgn sabar dan tenang. Menghidupkan kereta. Jam menunjukkan 7.15 tapi seperti 6.00, jarang sekali mengalami cuaca sebegini. Adakah ini tanda2 atau alamat yg tidak baik/baik, aku berserah pada ketentuannya. Semoga apa yg mendatang aku tempohi dgn sabar dan tenang, aku kebelakangn ini sering rasa sunyi, bosan dan adakala marah dgn sekelilingku. Mungkin keadaan cuaca yg agak panas dan kering membuat ku rasa sedemikian. Aku berharap dgn datangnya embun ini membawa kesejukn n keriangn buat ku n mereka seluruhnya. Amin
Published with Blogger-droid v1.6.8

Selasa, 3 Mei 2011

Kerja yang bakal menanti.

Pernah x anda mengalami beban kerja yg menimbun sehingga masa yg ada x mencukupi. Atau mingkin masa itu cukup tapi kita x pandai mengurusnya. Delima ini bakal aku hadapi sedikit masa lg di mana aku harus/trpaksa melakukn 4 tugas serentak, mendengrnya dah membuat kita trfikir sejenak. Inilah realiti yg aku bakal tmpuhi. 4 tugas ini adalah; 1.Krja sepenuh masa di pejabat. 2.Menjaga n mnguruskn syarikat editing bersama sahabatku macha farizal (MSphoto). 3. Jurugambar Freelance. 4. Pelukis 3 dimensi, 3d artist. 5. Family business.......dah lebih pulak. Aku xkan mengeluh, krn inilah rezeki yg DIA beri pd umatnya yg brsabar n taat pdnya. Mungkin ini jugak sejauh mana kita dpt melaksanakn nya. Oleh itu aku trlebih dahulu ingin meminta maaf sekiranya ada salah n silap semasa aku melaksanakn tugas yg diamanahkn. Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan ini.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Jumaat, 29 April 2011

Mengapa malas ni!?

Pernah tak anda mengalami situasi bila pada satu pagi hari kerja anda rasa malas nak ke kantor. Malas mau bangun, malas nk mandi, malas nk pergi kerja. Aduh bosan dah melanda diri ini, mungkin ini dinamakan 'monopos' lelaki.........hahahahahahaha. Tapi mngingatkn kembali kisah silam bagaimana aku tak berkerja bertapa susah isteriku berhempas pulas utk mendapat makan di atas meja tiap2 malam, aku sedar kembali. Keluargalah yg menjadi pendorong kita utk trus hidup n berusaha. Jadi bayangknlah betapa ruginya anda2 yg bujang diluar sana tak dpt berkongsi perasan ini. Setiap yg wajib kita laksanakn memang ada tujuannya. What is their in life when we don't have challeges. TTFN
Published with Blogger-droid v1.6.8

Isnin, 25 April 2011

4 tahun bersama msphoto

Setelah aku pulang dari johor bahru semalam bersama rakan2 dari msphoto, warnamata & HLG, aku terkenang pngalaman 2hr1mlm brsm mereka. Sangat seronok n seperti satu kelurga yg bsar. Penuh dgn gelak-tawa n gurau senda. Sudah 4 tahun aku brama msphoto, byk aku dpt ilmu dari mereka. Terfikir aku apakan jd kalau 4 tahun dulu aku tak mengenali farizal aka Macha, jwb nye aku mungkin di takuk lama. Aku juga mungkin sudah lama berhenti dari mengambil gambar kawin dan hanya ambik gmbr suka2 saja. Betul kata orang berkawan biar seribu berkasih biar satu. Aku mungkin akan tetap bersama keluarga baru ku ini buat selamanya sekiranya mereka mahu menerima ku. Persahabatan ini aku kenang seumur hidupku. Pernah satu masa aku dlm kesusahan hingga aku tercari2 hala tujuku dlm bidang fotografi ini susah betul hingga aku pergi mengemis ke butik2 andaman utk mendapatkn 'job', ada yg membantu n byk yg mendukacitakn 1 tahun aku dlm kesempitan, aku ditimpa masalah kewangan, tiada prkerjaan tetap, dihimpit tekanan hidup n persaudaran memang mencabar sungguh. Tapi itu sudah brlalu n aku tidak mahu menoleh kebelakang lagi, biar ia menjadi sejarah dlm lipatan hidupku aku harus terus berjaya sgn bantuan yg maha Esa. Semoga segalanya aku perolehi sebelum umurku mencecah 40 tahun, hanya tinggal berapa tahun lg semoga tuhan panjangkn umurku untuk meneruskn amalanku di sini. Selamat maju jaya MSPhoto.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Selasa, 12 April 2011

Kandungan protein telur tiruan menyamai tulen

Utusan Malaysia Online - Terkini

Hari ini walaupun berasa sedih atas sebab tertentu, sempat lagi aku membaca berita dari akhbar pilihan ramai tentang diperkatakan sejenis telur ayam tiruan. Dari 2 hari lepas cerita ini keudara mungkin rakyat dah bosan dengar cerita pasal video lucah anuar ibrahim kut yang membuat station tv ubah dan surat khabar mengalih pandangan rakyat buat seketika, kira macam iklan lah. 
terperanjat jugak aku membacanya, mana tak aku ni pengemar telur ayam tak kira rebus ke, goreng ke, buat jadi omelet ke....janji asas dia telur. berbalik pada cite tadi takut jugak aku bila perkara ini terdedah. takut2 selama ini telur yang aku dan famili makan ada campuran benda2 yg membahayakan kesihatan. dah lah macam2 penyakit timbul pada zaman modern ini. jadi petikan laporan akhbar berbunyi;

Kandungan protein telur tiruan menyamai tulen - Tiong Lai
10/04/2011 1:52pm

KUANTAN 10 April – Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.
Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya.
“Ujian DNA pertama mendapati telur ayam tersebut tiada mempunyai sebarang masalah kepada pengguna,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini. - Utusan

Aku harap kementerian kesihatan akan dapat membuat pemeriksaan selanjutnya agar penguna tidak rasa tertipu dan kadar ketulinan tiap barang makanan tidak terjejas. jadi aku berpesan pada kawan2 dan diri sendiri harap periksa barangan yg kita beli terlebih dahulu walaupun harganya murah dari biasa, manalah kita tahu peniaga nak untung je, selamat ke tidak bukan masalah dia. betul tak?

Jumaat, 8 April 2011

Aku ada peminat ke?

Aku sering kali terbaca orang2 yg suka baca blog orang lain dan aku trgolong mereka yg suka baca blog orang pun, tapi aku heran kenapa blog aku yg sikit punya lawa ni takde yg nak baca....(perasan le tu). Terus-terang aku ni bukanlah terrer sangat mengarang....masa karangan dulu kat sekolah banyak jugak aku terima 'sign' dari guru kelas 'kena perbaiki lagi'....sah cikgu memang suka karangan aku. Sebenarnya bagi aku blog adalah satu 'diari' kehidupan seseorang yg menceritakan perjalan hidup blogger itu. aku sebenarnya suka bercerita tetapi tak pandai mengarang. semoga "kepandai" karangan aku tidak menjadi penghalang pada apa yg ingin kusampaikan...kenkadang timbul rasa ingin bercerita pada diri ini, jadi blog inilah tempat aku melepaskan isi perut aku....harap adalah yg ingin membaca. kalau tak pun mungkin akan menjadi dairi hidup ku di dunia ciptan illahi. wasalam

Aku bersalah

Kenapa kkadang perbuatan ini bisa mnyakiti orang lain, sedngkn niat ku hanya ingin menyatakn rasa geram pd yg lain. Mungkin aku silap tntg memikirkn akibat apa yg aku tulis. Bukan niat nk menyakiti hati sesiapa tapi kerana keadaan yg membuat aku panas n geram. Maaf buat semua yg terasa hati, dan aku ingin mengingati diri anda n diri ini jagalh hati mereka kerana mereka jugalh yg akan menjaga hati anda. TTFN
Published with Blogger-droid v1.6.8

Masa brsama famili rasa kurang

Kenapa kebelakangan ini aku merasakn masa aku dgn anak2 amatlah sedikit, sehingga aku trfikir ingin saja mngambil cuti tanpa gaji untuk menemn anak2. Aku pernah trbaca dlm akhbar kisah kerja di rmh, membuat kerja pjabt dirumah bila masa waktu tidak trikat seperti dikantor. Trfikir sekiranya aku brbuat demikian, membawa kerja kantur ke rmh, tentusaja lebih byk yg dpt dilakukan. Kerja aku sekarng lebih pd design & idea kurang brtemu dgn orang. Disamping itu blhlah aku brkarya membuat keja fotografiku, memberi aku peluang membuat byk benda seperti mengedit gambar, menjaga anak2, membuat urusan rmh (x masak) & byk lagi.
Aku rasa duduk dari 9-5 dikantor membuang masa sedangkn yg lain dikantor senang2 saja keluar-masuk ikut suka. Tidak dinafikan kerja tetap amat perlu tetapi ia belum bisa menjamin kepuasan diri. Nanti aku fikirkan masa untuk ke kantor sudah tiba. Kerja dulu ahhhh.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Rabu, 23 Mac 2011

Mengapa aku diganggu lagi.

aku seperti tersepit dgn hal2 yg tidak penting. kalau dikirakan memang aku yg harus disalahkn, tapi itu dulu masa aku dalam mencari halatuju menjadi berjaya. kata pepatah sudah ngantuk disorong bantal, rezeki dtg brgolak. kena pada masanya.
tapi sekarang aku sudah berdikari, lagi pun dia sudah tidak banyak membantu aku, mengapa harus aku brhutang dgn nya lagi. kerana mengira jasa yg dulu dia berikan aku harus mengikut keinginannya. oh tidak lagi, aku breterima kasih pdnya sangat2, tapi aku harus teruskn kejayaan ini demi utk famili trsayang.
jasamu akan tetap kukenang & terima kasih atas segala perngorbananmu aku terhutang budi. masa sudah berlalu masa depan yg aku cari. terima kasih
Published with Blogger-droid v1.6.7

Selasa, 22 Mac 2011

Perihal Yahudi, mengapa mereka hebat sekarang.

Hari ini entah mengapa hati ku terdetik untuk mencari perihal kaum yahudi laknattullah, adakah ia satu tanya yang aku harus beubah dan membetulkan diri ini yang masih mencari ilmu.....aku mula rasa ingin tahu dan MENCARI tentang agama islam yang kita selama ini ikuti. AKU TERUS MENCARI....hinggalah aku menemui website ini ;
http://www.kampungfm.com.

didalamnya ada sebuah "topic" tentang
Perihal Yahudi, Umat Islam Masih Tidak Sedar
dan berbunyi;

"Assalammualaikum wbt..

Pernahkah kita terfikir mengapa bangsa Yahudi menjadi bangsa yang begitu kuat pada hari ini? Walhal mereka adalah bangsa yang dikutuk dan dihina bukan sekadar dalam al-Quran, malah turut tersebut dalam kitab-kitab lain sehingga dianggap sebagai bangsa perosak.

Dalam sejarah dunia, Yahudi pernah dianggap parasit sehingga Jerman di bawah Nazi pimpinan Adolf Hitler tidak teragak-agak melakukan penyembelihan enam juta umat Yahudi ketika Perang Dunia Kedua melalui peristiwa Holocoust.. Sekalipun ada pihak yang mendakwa peristiwa ini dakyah Yahudi tetapi perlu diingat bahawa tidak pernah dalam sejarah moden sesebuah bangsa dihina sebegitu hebat.

Dianggarkan terdapat 14 juta Yahudi di seluruh dunia pada hari ini. Tujuh juta berada di Amerika Syarikat, lima juta di Asia dan dua juta di Eropah manakala 100 000 lagi di Afrika. Umat Islam pula dianggarkan 1.4 bilion yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum di atas muka bumi ini. Ini bermakna bagi setiap Yahudi terdapat 100 umat Islam tetapi mengapa Yahudi hari ini beratus kali ganda kuat berbanding semua kekuatan umat Islam yang ada di dunia?

Albert Enstine, saintis berketurunan Yahudi dinobatkan sebagai Person of The Century oleh Time. Sigmund Frud yang menemui teori Psikoanalisis juga seorang Yahudi. Karl Marx, Paul Samuelson, Milton Friedman dan beribu lagi sarjana tersohor serta manusia popular di dunia adalah berbangsa Yahudi.

Selain itu beratus lagi sarjana dan cendekiawana Yahudi telah memberi sumbangan dalam peradaban dunia. Benjamin Rubin mencipta jarum vaksin moden (picagari), Albert Sabin membangunkan vaksin polio yang pertama, Gertude Elion menemui dadah melawan leukemia, Baruch Blumberg membangunkan vaksin untuk Hapititis B, Paul Ehrlich menemui rawatan penyakit siflis, Elie Metcnikoff memenangi hadiah Nobel melalui kajiannya mengenai penyakit berjangkit.

Benard Katz memenangi hadiah Nobel melalui kajian transmisi meuromuskular, Andrew Schally memenangi hadiah Nobel melalui indocrinology (kegagalan sistem indokrin yang menyebabkan diabetis dan hyperthyroidism). Aaron Beck menemui terapi kognitif (terapi merawat pesakit mental), Gregory Pincus membangunkan pil kontraseptif pertama, George Wald memenangi hadiah Nobel hasil penemuan lanjut mengenai mata manusia. Stanley Cohen memenangi hadiah Nobel hasil kajiannya mengenai embriologi (kajian janin manusia) dan Willem Kolf mencipta mesin dialisis buah pinggang.

Untuk tempoh 150 tahun lalu, 14 juta Yahudi telah memenangi sedozen hadiah Nobel tetapi umat Islam yang hanya berjumlah 1.4 bilion hanya 3 hadiah Nobel. Mengapa Yahudi begitu berkuasa?

Stanley Mezor mencipta cip pemprosesan data yang pertama, Leo Szilard membangunkan rektor nuklear yang pertama, Peter Schultz mencipta kabel fiber optik, Charles Adler mencipta lampu isyarat, Benno Strauss menemui besi keluli, Isador Kissee menghasilkan filem bersuara, Emile Berliner mencipta telefon moden dan Charles Ginsburg mencipta perakam video.

Ahli perniagaan tersohor dunia berketurunan Yahudi adalah seperti Ralph Lauren dengan jenama Polo, Levis Strauss, Howard Schultz (Starbuck), Sergey Brin (Goggle), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Dona Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rosenberg (Dunkin Donuts)

Presiden Universiti Yale, Richard Levin Yahudi. Begitu juga dengan Henry Kessinger (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Alan Greenspan (Penasihat Presiden Amerika Syarikat), Joseph Lieberman dan Madeline Albright (Setiausaha Negara Amerika Syarikat), Casper Weinberger (Mantan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat), Maxim Litvinov (Mantan Menteri Luar Kesatuan Soviet/USSR), Isac Issacs (Gabenor Janeral Australia), Benjamin Disraeli (Penulis British Tersohor), Yevgeny Primakov (Mantan Perdana Menteri Rusia), Bary Goldwater serta kumpulan penyelidikkan saintis di seluruh dunia majoritinya adalah diketuai Yahudi.

Walter Annenberg juga seorang Yahudi yang membina ratusan perpustakaan sehingga mencecah nilai RM 7.2 bilion. Dalam sukan Olimpik, Mark Spitz mencipta sejarah memenangi tujuh pingat emas acara renang dalam satu pertandingan, Lenny Krayzelburg memenangi tiga pingat emas. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker kesemuanya adalah Yahudi asli.

Tidak cukup dengan itu tahukah anda juga bahawa Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk kesemuanya juga adalah artis dan bintang popular Hollywood berketurunan Yahudi. Malah dunia perfileman dan industri Hollywood itu sendiri dibuka oleh Yahudi.

Tambahan lagi Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Old Couple), Andrew Vaina (Rambo) Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks dan Ivan Reitman (Ghostbusters) adalah semuanya Yahudi.

Malah yang menguasai dan menjadi pelobi utama Kongres Amerika Syarikat adalah Suruhanjaya Hal Ehwal Amerika Israel (AIRPAC). Jika Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menemui teori bumi ini rata, AIPAC sudah pasti akan menghantar resolusi menekan Dewan Kongres Amerika Syarikat untuk menghantar ucapan tahniah kepada Israel atas penemuan tersebut.

William James antara manusia terbijak di dunia dengan IQ antara 250 hingga 300 juga berketurunan Yahudi. Persoalannya mengapa mereka begitu hebat? Kerana Yahudi menikmati pendidikan terbaik. Mengapa pula umat Islam terus mundur? Kerana kita umat Islam kurang mementingkan ilmu dalam pembinaan peradaban dan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini.

Daripada 1, 476 233 470 umat Islam di dunia pada hari ini iaitu satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta lagi di Amerika. Semuanya Islam dan dari setiap satu penganut Hindu dan Buddha ada dua umat Islam serta bagi setiap satu Yahudi ada 100 umat Islam. Namun mengapa umat Islam lemah? Benar sabda Rasulullah bahawa umat Islam akhir zaman ibarat buih di lautan sekalipun banyak tetapi hanya mengikut arus ke mana ia pergi.

Terdapat 57 negara OIC dan dijumlahkan kesemuanya terdapat lebih kurang 500 universiti yang dimiliki umat Islam bersamaan tiga universiti untuk setiap tiga juta penduduk. Di Amerika Syarikat terdapat 5758 universiti dan India 8407 universiti. Namun pada tahun 2006 kajian oleh Universiti Jiao Tong yang membuat perangkaan akademik bagi seluruh universiti di dunia. Tidak ada satu pun universiti umat Islam berada di tangga 500 teratas dan terbaik dunia.

Data yang dikumpulkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP) pula menunjukkan kadar celik huruf di negara yang majoritinya penduduk beragama Kristian berada pada paras 90 peratus dengan 15 daripadanya memiliki kadar 100 peratus. Bagi negara yang majoritinya umat Islam pula adalah sekitar 40 peratus dan tiada negara Islam yang mencatatkan kadar celik huruf sepenuhnya sedangkan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah di Jabal Nur, Gua Hira adalah Iqraa (bacalah!).

Sebanyak 98 peratus penganut Kristian yang celik huruf menamatkan sekolah menengah, Cuma 50 peratus umat Islam yang berbuat sedemikian. Sekitar 40 peratus umat Kristian yang celik huruf ini pula melanjutkan pengajian sehingga ke universiti tetapi tidak lebih dua peratus umat Islam yang berbuat sedemikian.

Negara Islam mempunyai 230 saintis bagi setiap juta umat Islam. Amerika Syarikat pula memiliki 4000 saintis bagi sejuta penduduk sementara Jepun memiliki 5000 saintis bagi setiap juta rakyatnya. Di seluruh Arab dianggarkan terdapat 35 000 penyelidik sepenuh masa dan 50 juruteknik bagi setiap juta penduduknya tetapi penganut Kristian memiliki 1000 juruteknik bagi sejuta penduduknya.

Bagi setiap negara Islam kita hanya membelanjakan sekitar 0.2 peratus KDNK bagi tujuan Penyelidikkan dan Pembangunan (R&D) dan ini memberikan isyarat yang jelas betapa pembudayaan ilmu yang lemah dalam dunia Islam menyebabkan kita tidak memiliki keupayaan untuk menjadi pendominasi lapangan ilmu pengetahuan.

Akhbar dan buku boleh dijadikan pengukur dalam menentukan sama ada ilmu pengetahuan dihayati masyarakat dengan berkesan atau tidak. Di Pakistan terdapat 23 syarikat akhbar bagi 1000 rakyatnya sedangkan di Singapura terdapat 360 syarikat akhbar bagi 1000 penduduknya. Jika di United Kingdom (Britain) terdapat 2000 judul buku bagi setiap juta penduduknya dengan 20 judul bagi setiap angka yang sama di Mesir pula tidak ada. Kesimpulannya dunia Islam gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik.

Hasil eksport produk berteknologi tinggi (termasuk bioteknologi) digunakan pula sebagai pengukur sama ada ilmu pengetahuan berjaya diaplikasikan dalam dunia Islam atau tidak. Pakistan mengeksport produk teknologi tinggi sekitar satu peratus. Manakala Arab Saudi, Kuwait, Maghribi dan Algeria pula mengeksport sekitar 0.3 peratus. Singapura pula mengeksport 58 peratus produk berteknologi tingginya ke seluruh dunia. Kesimpulannya kita masih lemah dan kurang berjaya dalam mengaplikasaikan penguasaan ilmu bagi peningkatan kualiti hidup kita.

Mengapa kita tidak berkuasa? Kerana kita gagal menguasai ilmu pengetahuan dengan baik. Mengapa tidak berkuasa? Kerana kita gagal meningkatkan kesedaran dan penghayatan kita terhadap ilmu, hikmah dan pedoman dalam kehidupan seharian kita. Mengapa kita lemah bagaikan buih dilautan seperti sabda Rasulullah? Kerana kurangnya keupayaan dan kesungguhan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian sedangka kita sedar betapa masa depan dunia dan peradaban baru yang hendak kita bina adalah dengan ilmu pengetahuan yang kita sia-siakan selama ini.

Sesuatu yang menarik tentang KDNK 57 negara OIC hanyalah berjumlah RM 7.2 trilion tetapi Amerika Syarikat secara peribadi memiliki penghasilan produk perkhidmatan bernilai RM 432 trilion, China RM 28.8 trilion, Jepun RM 14 trilion tetapi negara-negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Qatar secara puratanya menghasilkan produk dan perkhidmatan bernilai RM 1.8 trilion sementara Spanyol menghasilkan produk bernilai RM 3.6 trilion, Poland RM 1.7 trilion dan Thailand RM 9.1 trilion. Jadi, mengapakah umat Islam yang terbina dan bermula dengan wahyu Iqraa masih tidak berkuasa? Jawapannya kerana kita tidak mengendahkan dan menghayati kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian kita berbanding bangsa-bangsa lain teramsuklah musuh kita Yahudi.

ENGLISH IS EVERYTHING. dulu ARABIC IS EVERYTHING. dua2 ini adalah bahasa tamadun, bahasa ilmu, bahasa ekonomi pada sesatu tamadun dan bahasa Al Quran.

ps: buku dan sumber kajian para saintis islam dicuri dan di’hakmilikkan’ oleh kaum yahudi… sumber asal dihapuskan… x de sape kisah sbb umat islam x tau kepentingan ilmu dari dulu sampailah kini… “Mereka yang berilmu mampu menakluki dunia….”

(credit to: skynett8 - http://www.syok.org/portal/readarticle. ... le_id=3414 )

p/s: semoga rencana ini dapat membuatkan kita lebih membuka mata dan pandang ke depan..di samping mencari di mana kesilapan kita dan perbaiki kesilapan kita..zis doakan semua akan mendapat kesedaran melalui rencana ini..aminnn.."

aku betul2 sedih atas hal seperti ini, apakah yang harus aku lakukan sekarang? adakah harus aku terus begini atau meningkatkan lagi ilmu di dada ini. aku rasa bergitu malu pada diri sendiri kerana agama kita adalah agama yang mudah tapi aku/ kita saja membuatnya susah, macam2 alasan kita buat untuk melegahkan perkara yang 5 ini.....AKU BERDOA AGAR AKU & KELUARGAKU MOGA TUHAN AKAN TUNJUKKAN JALAN KEBENARAN & MEMBIMBING KAMI. AMIN AMIN AMIN. 

Selasa, 15 Mac 2011

aku berblog dari android trbaru ku

Sudah lama aku ingin mnceritakn perjalan hidupku, namun langkahku trbatas. Skrg dgn adanya "touch phone" aku boleh prrgi jauh.
Insaallah langkahku selepas lebih lancar. Perjalan ku brmula.