Diri Ku

Foto saya
Historical Malacca, Malacca, Malaysia
aku minat bergambar dari kecik sampai ke besar, sekarang aku minat pulak ambik gambar orang dari kecik sampai besar. majlis kecik ke majlis besar... jangan malu hubungi saya di nombar 0136839701.

Isnin, 5 Januari 2009

HARI YANG MALANG

Membaca tajuk cerita dapat menceritakan segalanya. Satu hari di hujung minggu sedang aku sibuk menjemur kain di belakang rumah, putri keluar dengan kereta sorong yang aku baru beli dari tesco melaka bulan lepas.

sejak dari hari pertama aku beli benda tu, putri tak pernah bawak kereta dia keluar rumah, entah macam mana hari tu...... sedang aku leka menjemur, putri mula menyorong kereta dia diatas tanah belakang rumah ,aku memang tak simen, semua konon nanti aku nak buat landskap sikit kat belakang (haram sampai sekarang tak buat). putri buat bunyian macam kereta, di sorong lah pasir kat situ. sedang menjemur sempat jugak aku awasi putri, takut manalah tahu perkara buruk berlaku(malang tak berbau), tapi kemalangan boleh berlaku dimana2. tak sempat aku selamatkan....tiba2 kereta sorong putri mengilis satu benda berwarna hitam coklat, lembik pulak. di gilis2nya benda tu, berulang, aku menjerit macam pompuan .....apakan daya malang memang berbau( bau kucing). Aku marahkan putri, tapi dengan selamba putri senggih dan mengangkat bahunya dan ketawa. melihat kelakuan putri aku rasa serba salah....memang ikut hati nak ku 'swing je', kan anak nak buat macam mana. ku terima takdir ini...... kenalah aku bersihkan. dan pada kucing yg buat benda ni, aku akan menuntut bela.....jaga dia.

Tiada ulasan: